Terima Kasih kerana membaca Tinta Mawar.. Sudi-sudilah meninggalkan "Wasiat"...

Saturday, April 28, 2012

UJIAN

Assalamualaikum Semua.... hmm lama juga saya tidak berkesempatan tuk meng-update blog ni... Okay la terimalah entri simple dari saya yang bertajuk UJIAN.... ^_~v

UJIAN....

Hmm setiap insan pasti pernah berhadapan dengan Ujian Allah kan3???
Ujian ni ada dua bentuk
Pertama: UJIAN KESUSAHAN 
Kedua: UJIAN KESENANGAN..

Hmm pada pandangan saya, Ujian Kesusahan ini berbentuk penderitaan, sama ada penderitaan fizikal, emosi atau pun mental.. Pendek kata, penderitaan yang nyata dan amat menyakitkan... Contohnya di timpa penyakit kronik, Business jatuh muflis, peperangan, kehilangan orang tersayang dan lain-lain.....
Orang yang mengalami Ujian ni, selalunya akan berhadapan dengan dua kemungkinan iaitu:
MENYERAH KALAH bulat-bulat 
dan Memperolehi Tahap KESABARAN dan KEREDHAAN yang tinggi pada ketetapan QADHA dan QADAR Allah SWT....

Hmm bagi yang mudah menyerah kalah, BUNUH DIRI atau Hidup tanpa pedoman adalah ubat mereka...
Sedangkan bagi yang SABAR dan REDHA, mereka akan sentiasa berfikiran POSITIF dan bersangka BAIK kepada Allah dan senantiasa berusaha untuk keluar dari KESUSAHAN yang dihadapi....

Dalam Sebuah Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim:

"Aku Berada dalam sangkaan hamba-KU....
Dan AKU bersamanya jika dia mengingati-KU....
Maka Sesungguhnya, apabila dia mengingati-KU dalam dirinya, 
maka AKU juga mengingatinya dalam Diri-KU...
Sekiranya dia MengingatiKU sepenuhnya,
maka AKU juga mengingatinya lebih dari dia mengingatiKU..
Jika dia mendekatiKU sejengkal, AKU mendekatinya SEHASTA...
Jika dia mengingatiKU SEHASTA
Aku mendekatinya sedepa..
Dan Jika dia mendekati Ku dengan berjalan,
Aku akan mendekatinya dengan BERLARI...."


So, sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah SWT atas setiap ketetapan Qadha dan Qadarnya.... ^_~v

Ujian kesenangan ni pula, berbentuk KEKAYAAN, KECANTIKAN, KEPANDAIAN dan yang baik-baik ja la,,, Namun, andai segala KELEBIHAN dan Kesenangan dalam diri kita ini digunakan pada jalan yang salah, contohnya si KAYA yang bermegah-megah dengan KEKAYAANNYA dan menjadikan KEKAYAANNYA sebagai alat untuk membeli PEREMPUAN dan lain-lain, maka musibah lah yang bakal menimpa golongan seperti ini...

Hmmm nak dipendekkan kata, jangan kita fikir UJIAN ni dalam bentuk KESUSAHAN sahaja tau... Tapi, UJIAN juga boleh datang dalam bentuk KESENANGAN....

So Bersama kita fikir-fikirkan ^_~v


Bila ALLAH datangkan UJIAN..
Itu bukan satu BEBANAN..
Kita mesti boleh BERTAHAN..
Ada HIKMAH di sebalik UJIAN..
Ada KESEMPITAN dalam KELAPANGAN..
Ada KEMUDAHAN dalam KESULITAN..

Bila ALLAH datangkan UJIAN..
Pujuklah HATI pujuklah IMAN..
Tanpa KECEWA putus HARAPAN..
Setiap KESABARAN ada GANJARAN..
Setiap PENGORBANAN ada KEBERHASILAN..


Sekian saja untuk entri kali ni..
Entri yang pendek dan Simple sahaja ^_^v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...