"Terima Kasih kerana membaca Tinta Mawar.. Jangan Segan Datanglah Lagi..."

Saturday, July 23, 2011

Ketenangan Hati

Hati

Setiap Insan Punya Hati

Tapi, Tak Semua Punya Hati Bersih

Ada Hati yang penuh BENCI

Ada Hati yang  KEJI

Ada Hati yang MATI


Hati

Hati penentu nilai amalan Insani

Kerana Niat Letaknya di Hati

BERSIH Hati, Amalan pun BERSIH

KEJI Hati, Amalan pun KEJI


Ketenangan Hati Yang HAKIKI

Lahir Dari Hati Yang BERSIH

Hati Yang disemai benih-benih Zikir pada ILAHI

Tanda Ingatan Tulus pada ILAHI


Buktinya

Sepertimana, Firman Allah buat Umat Manusia

Surah Ar-Ra’d ayat Dua Puluh Lapan dalam Kitabullah

“(Iaitu) Orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram

hati mereka Dengan zikrullah".

Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu,

Tenang tenteramlah hati Manusia”.


Subhanallah, Maha Suci Allah

Allah telah membuka Rahsiah-Nya

Tentang Khasiat Zikrullah

Sebagai Penenang paling Mujarab Hati Manusia


Jadi, apa tunggu lagi wahai manusia,

Basahkanlah Lidah kita dengan Zikrullah

Moga kita memperolehi Ketenangan hati selamanya

Insha’Allah….




10 Julai 2011

Kg.Marakau Ranau, Sabah

9.00 pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...