"Terima Kasih kerana membaca Tinta Mawar.. Jangan Segan Datanglah Lagi..."

Friday, August 12, 2011

Harapan Di Balik Bintang




Malam ini ku lihat Bintang

Yang indah terbentang

Memenuhi segenap ruang angkasa

Menerangi ruang dunia

Memandu arah para pengembara…

Mataku berair jernih

Hatiku sedih pedih

Cuba mengadu kasih

Pada bintang dan kelam malam

Agar tidak terus tenggelam

Tenggelam di  lautan kesedihan

Yang tiada berkesudahan…


Cahaya bintang nun jauh di cakerawala

Umpama Pengharapan ku pada cahaya

Pengharapan yang pasti

Walaupun masih jauh lagi


Cahaya

Setiaku Menunggu mu

Menerangi ruang qalbuku yang Kelam

Persis amanahmu menerangi malam




11.55pm

Ranau,Sabah

08 Ogos 2011 / 8 Ramadhan 1432H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...