"Terima Kasih kerana membaca Tinta Mawar.. Jangan Segan Datanglah Lagi..."

Friday, December 9, 2011

Jangan Pernah Berhenti....

One of My Art Work =)


Bila Hati Ingin berubah
Sahutlah Seruan Hati dan Berubahlah
Kerana Rasa itu tidak selalunya menyinggah
Rasa itu akan pergi andai kita menjauh

Bila Sudah berubah
Berubahlah perlahan-lahan asalkan istiqamah
Jangan pernah menyerah
Selagi belum puas meredah

Kuatkan hati
Jangan biar langkah satu menuju  maghfirah Ilahi terhenti
Selagi tak sampai ke hujung Destinasi
Jangan berhenti...

Andai hati diuji
Dek usikan dan ejekan insani
Jangan endah kata mereka yang mencemburui
Biarkan mereka dengan dosa kering yang membelengu diri
Teruskan sahaja langkah dan jangan berhenti...

Ayuh Sahut Seruan Hati
Menuju destinasi merai maghfirah Ilahi



Acacia Park N.9
12.14 pm
10/12/2011 (Sabtu)


Kadang-kadang langkah terhenti kerana terlalu memikirkan pandangan Insani... Kawan-kawan, siapakah manusia jika dibandingkan dengan Allah?? Mereka bukan siapa-siapa, yang perlu kita ambil seratus peratus pandangan dan kritikan mereka.... PANDANGAN ALLAH yang lebih UTAMA.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...